Thursday, December 31, 2009

ibyori shironde

aku tak tahu apa angin aku hari ni,tetiba jer aku rajin nak cuci keta.mungkin aku nak hilang rasa sedih kot.huhu
sudahlah paginya aku telah kehilangan arnab kesayangan. setelah 2bulan lebih aku jaga dan belai dgn penuh kasih sayang akhirnya ajal arnabku diambik oleh kucing yang tiada perikebinatangan!!


arrggghhhh!!....
kalau aku jumpa kucing tuh lagi nnti m****s la dia.hahahahahaha! (ketawa jahat)
tapi aku bukannya jahat sgt ngan binatang tapi makhluk tu dah amik kesayangan aku.huhu
nangis airmata darah pun Gumok aku xkan kembali...waa..waa..waa.. (dh ckp jgn nangis tp aku xleh n msti nangis gak)
tiap pagi aku selalu cakap mcm ni.
" alo cayang umok...cayang kulos..alolo cayang2"huhu..tapi esok pagi aku dapat sebut
"alo cayang kulos jer.."so sedih hati ini.

masalah laen lak aku blom gtaw sis aku yang arnab tuh dah mati.esok dia dah balik..ish3..aku xsampai hati nak gtawla.lagipun aku xnak ingat lgi.sungguh menyayat hati.
2la pasal aku tak suka ibyori shironde sebab ianya sakit lgi menyedihkan.
dan2 lagi tadi petang aku dpt call dari agent gtaw tarikh flight g futher study ialah sehari sebelum besday aku.lagilah aku sedih.waa..waa..waa
nak xnak aku kena prgi gak cz dah byr..lgpun ini apa yang aku nak.dari dok kat umah xde watpe bek sambung study kan..kan??
mianhae oma apa..
coz terpksa menyusahkan korang.aku janji aku akan berusaha sebaik yang mungkin dan xkan menghampakan korang..doakan anakmu yang bernama Noranizah ini.
...kakak2..abang2..n adik2 ku.jgn lupa doakn aku gak ya.
amin..amin ya rabbal al amin..
aku sayang korang sampai mati.

p/s: selamat tahun baru.
azam tahun bru ni study rajin2
n xleh sia2kan pengorbanan
En. Yusop & Pn.Rawana
doakan untuk aku ya..

pembunuhan kejam sebelum tahun baru!



sabah: sehari sebelum berakhirnya tahun 2009 telah berlaku satu pembunuhan kejam. suspek dikenali sebagai kucing pendatang telah membunuh GUMOK dengan begitu tragik sekali. sesiapa yang melihat pasti tidak dapat menahan sebak. Owner GUMOK yang menyaksikan kejadian tersebut tidak dapat menahan amarah apabila melihat kucing pendatang itu sedang enak melahap binatang peliharaannya.saksi yang berada ditempat kejadian mengatakan bahawa pemangsa tersebut terjun dari tangga tingkat atas apabila dikejar oleh Owner tadi.

beliau berazam untuk mencari kucing pendatang kerana telah meragut nyawa binatang kesayangannya. namun sehingga kini suspek masih lagi belum ditemui. oleh itu orang ramai diminta membantu mencari suspek tersebut.ciri-cirinya adalah seperti berikut:

1.berbulu
2.mempunyai tompok kuning
3.badannya berwarna putih
4.memiliki raut wajah yang kejam

sesiapa yang terlihat suspek tersebut sila beri kerjasama.







***************************************************************************************
argghhhh!!!...
kucing tuh mmg saja cari maut ngan aku.habislah kalau aku jumpa dia nanti.kesian baby pet aku.2bulan lebih aku tatang bagai minyak yang penuh.dan2 kucing tuh pulak yang makan!!!..
UMOK... cian dia.huhu
mummy sayang dia.

Monday, December 28, 2009

sudah 3 tahun

fuhh...
3tahun adalah satu jangka masa yg agak lama.
terima kasih sebab masih sudi jadi kawan aku yg terbaik diantara yg terbaik.
semalam dan 3tahun yg lepas..banyak memori dan banyak gak pergaduhan.huhu
aku taw aku bukan kawan yg perfect tapi sentiasa cuba utk ada jika kamu perlu aku.

kiera thanx for being my friends for all this 3 year.aku minta maaf sebab jarang contact tp aku tetap ingat kat ko.huhu
aku sayang persahabatan kita.n aku harap kau gk mcm tuh.

aku tak sangka dh 3tahun kita kawan.dan biarlah kita kawan dunia dan akhirat.amin..
tiada kata yg dpt diungkapkan utk menggambarkan hubungan sahabat itu.
so cukuplah kau tahu aku sentiasa ada bila kau perlukan aku.

271206-271209
love n peace
4 u my friends
kiera ..

Wednesday, December 23, 2009

231209-230110

ermm...
lagi sebulan kan...
ish3...
takut..berdebar..gementar..n bla2.
blom ad satu pun yg boleh aku banggakan.seriously aku stress out.tp buat mcm bodoh je.dh semulajadi mcm ni.aku xda bnda penting nk share tp aku nk share pic ni..
comel kan.hehe
thanx 2 ahleng ariken cz benarkan sy amik pic ni tok letak kat teratak buruk sy ni.hehe
so sweet pic ni.
(Credit to ahleng ariken)


mcm aku n dia.hihi...
hope smday it will came true..amin.

















gmbr yg ni aku amik gna camera hp je.apa mcm ad bakat x?hehe













ok la..
sempena hari natal yg bakal menjelang.aku wish utk sapa2 yg kat luar sana yg celebrate hari natal.i wish u all merry christmas n a happy new year.
ho ho ho!

Saturday, December 19, 2009

comel dan aku ingin miliki


(ini lomolitos)


(ini ???)


(ini fish eye)


(ini holga)


semua benda comel ni xde kt sabah.kalau ada pun aku tak tahu ktner.
aku bukan photographer pro atau amatur aku cuma suka amik gambar.
untuk suka-suka je..lagipun one click for one moments.hehe


p/s:
en.paik,saya nak benda alah yg comel ni taw.huhu

Thursday, December 17, 2009

hijrah itu...

1431 hijrah..
maka setahun sudah berlalu..dan setahun lagi bakal ditempuhi.
sudah banyak yang berlaku tapi banyak lagi yang bakal menanti..
sungguh aku sangat berharap aku akan bersedia.tak kira emosi atau fizikal.

tahun ini..aku banyak berdosa.
pada mama..
pada papa..
pada kakak..
pada abang..
pada adik..
pada kawan..
pada orang disekelilingku..

maaf..dan maaf...
aku juga manusia biasa.tak lepas dari segalanya.namun aku tetap sayang.dan kamu tak pernah jauh dari ku.

hijrah..
aku harap hijrah kali ini membawa pengertian untuk semua termasuk diriku.
semoga siapa-siapa saja yang diluar sana diberkati,dirahmati,dilindungi,dimurahkan rezeki,dipanjangkn usia dan diampunkn dosa2 lalu..
amin ya rabbil al amin..


p/s: selamat tahun baru 1431 Hijrah.
tiada bunga api atau perarakan.
sebab bukan itu makna sebenar tahun baru..(^_^)

Tuesday, December 15, 2009

entri yang mengarut.

sekadar mengarut ketika jam menunjukkan 12malam.
sepeket ipoh white coffee telah memadamkan keinginan aku untuk tidur.pergh!
memang berkesan utk siapa2 kat luar sana yg nak berjaga malam.gerenti hilang kantuk. so...apa lagi.kome pegila beli ye.terdapat kat mana2 pasar raya yg berdekatan je.

sudah 5minit berlalu.
aku blur..malam yang tandus.
ke aku yang ketandusan.ini tidak boleh jadi.dahla xleh tidur,satu benda pun xda yg mampu menarik minat.

10minit lagi..
masih dalam keadaan yang sama.ingin bermimpi tapi katil semakin jauh.huhu
maka bila la agaknya aku akan tertidur?ish3....
bila agaknya aku akan terjaga sedangkn waktu sekarang sudah 12setengah.mampukah aku bangun awal pagi nanti.
kang..tak pasal-pasal mandi free pula.brrr! sejuk lak tetiba.hehe

5minit kemudian..
ok.aku rasa sekarang kesan ipoh white coffee sudah hilang taring.haha! maka dengan senang hati aku nak pilih mimpi untuk malam ni.
katil oo katil here i come..!
zzzZZZZ...

Saturday, December 12, 2009

arrrgggghhhh!

apa salah aku..
huhuhu...
makcik oo makcik oo...
saya dh bgtaw la td saya nk duduk kat tepi tuh.
makcik tu yg pekak badak.
ikut sedap mulut dia je nak maki2 aku.
nasib baik lah mak aku tak ajar aku kuang ajar ngan org yg lebih tua.
tapi aku panas sgt dia blh2 cakap mak bapak tak ajar aku.ni boleh menaikkan amarah aku.tapi cool dl.aku malas nak sampuk apa2 je yang dia cakap sepanjang jalan pulang tu.sebab kalau aku meyampuk gerenti perang dunia ketiga bakal meletus!!
dan maybe disebabkan aku berdiam diri je membuatkan dia tak puas hati.hahahahahahah!
ambik ko.aku memang stone cold la makcik.cakap je la berjela2 aku xkesah.pekak kan telinga je.
lagi pun mmg patut aku diam.kan3...
kalau tak .... hanya Tuhan saja yang tahu.
tapi aku mmg tak puas hati betol la.....!!!! aku tak salah....!
arrrrgggghhhhh.....!!

sana sini dunia aku.

















ni la gambar yg aku sempat capture.
one click for one moment.
betul tak?
huhu...
enjoy ya..

Friday, December 11, 2009

aku yg pelupa

hari ni or lebih tepat.
setat hari kelmarin pekan aku ad festival bergandang.
masalahnya.
1.aku lupa nk bawak usb.
2.card reader pulak rosak.
3.gambar aku pun xdpt nk upload.
4.sudah berkurun asyik gmbar lama.

itu je la kot.yg pasti aku nk juga upload gmbr nti.
uish....!!
lapar pulak.
nk mkn apa hari ni ek.
en.paik....
sy rindu awak.
hihi
and sorry la sy sllu fikir yg bukan2.bukan yg bukan2 ye...
dont get me wrong.hehe



urmmm....
aku punya misi.
kini aku nk aim kamera nikon d40.
tgu kucing ad tanduk ke br dpt?
isk3....
sapa2 sugar daddy kat luar.plz belikan aku kamera nikon d4o ok.
hahahaha!
bengap betol la.
marah kang en.paik.
hehehe


ok..
padayappa!
chaos.

Sunday, December 6, 2009

dia yang semakin jauh...

entah dimana silapnya aku tak tahu..
sejarah itu mungkin ada terleka di suatu ketika.tapi mengapa harus sekarang.aku masih lagi menginginkannya.

masih hangat kata-kata itu.seperti baru semalam baru diucapkan.tapi kini semakin menjauh.kurang mengerti kenapa.aku tak pasti.dia itu bukan lagi seperti yang aku kenal dulu.

sekali lagi kah aku menjadi tempat persinggahan??
tidak...
mengapa...
arrggghhh....
buntu...

kau memang begitu bukan...
sungguh pun rasa itu masih ada..
tapi benarkah itu yang kau rasakan dalam hatimu..
aku sendiri tak pasti.
tapi yang aku tahu.
rasa itu masih kukuh untukmu.
ya...
rasa itu..

Wednesday, November 25, 2009

segala kemungkinan

bila sudah lama terasa asing semuanya bercampur aduk.
silih berganti mencari arah.takut terkandas di daerah yang tiada sempadan.
kalau meraba pun jalan sudah terbentang di hadapan.
namun kepastian itu seringkali bercanggah.buntu..keliru ia selalu mengganggu.
parah apabila sakit.hancur bila berkecai.
tapi seringkali jua ia harus dilaksanakan.
mengapa dan kenapa.
kadang kala soalan itu hanya terbiar tanpa sebarang jawapan.
semudah mana pun jawapan itu ia sentiasa tergantung dan terbiar tanpa jawapan.
segalanya mungkin.
ya...
kemungkinan itu terlalu banyak.
hingga tak mampu untyk di adaptasikan ke alam ini.
hanya sampai bila..
aku sendiri tidak pasti.
sampai bila harus begini.
kebuntuan itu sangat merimaskan.menyesakkan.
sekali kata.
aku cukup benci akannya.
benci.....
namun apakah maksud di sebalik kebencian itu.
siapa yang tak pernah membenci.
pengakuan itu tak perlu diselindungkan.
cukup diri sendiri tahu akannya.
segala kemungkinan..
apa yang berlaku perlukah ditunggu atau dibiarkan sahaja.
tidak atau ya..
mengapa??
kenapa??
masih kabur akan jawapannya.
bukankah begitu.
hidup pasti begini.
sesiapa saja akan mengalaminya bukan?
cuma belum tiba saat itu.
seakan seperti permainan sudoku yang memerlukan
otak untuk berfikir.
agar jawapan itu ada.
andai ia semudah itu.aku takkan mengalah.
segala kemungkinan takkan berlaku.
andai tewas itu mampu aku atasi.



p/s: aku seperti itu.ya.diriku sendiri.

Wednesday, November 11, 2009

kehilangan

dia pergi dan takkan kembali.walau aku menangis teresak2 dan sakit terasa di kalbu.sungguh aku belum lagi bersedia utk kehilangannya.namun aku harus lepaskannya.pergi Si Putih bersama kasih sayang.tinggal aku bersama kenangan.


~SAYANG SI PUTIH~
~191009-111109~

Tuesday, November 3, 2009

berkecamuk.

bukan ingin berprasangka tapi naluri itu kuat mengatakannya.
aku takut.
aku tak ingin.
aku benar2 kalut.
sungguh bukan itu mahu ku.
jangan biar ia berlaku.
positif dan positif.
tapi negatif tetap menghampiri.
aku jadi semakin kalut.
juga berkecamuk.
pergh...
ayat semakin karut.
mengarut di antara celah kekangan minda.
bukan ini sepatutnya.
cis..!!
aku harus kuat.
bukan lemah.
jiwa parah bukan keinginan.
jiwa kecamuk bukan kemahuan.
harus lebih positif dan positif.
biar datang seribu masalah.
walau jalan penyelesaian cuma satu.
harapan itu tetap ada.
walau sekecil virus.
aku tetap yakin.
biarlah jiwa berkecamuk kini.
jawapannya pasti berbeda nanti.
aku pasti.
aku gadis kuat.
aku gadis tabah.
aku gadis sentimental.
aku gadis naif.
tapi aku tahu diri aku.
dan kemampuanku.
bukan setakat gadis yang itu.
lemah dan tak berdaya.
aku..aku..ini aku...


p/s:hati sakit ni babe.

Saturday, October 17, 2009

we just haven't met yet...

I'm Not Surprised
Not Everything Lasts
I've Broken My Heart So Many Times,
I Stop Keeping Track.
Talk Myself In
I Talk Myself Out
I Get All Worked Up
And Then I Let Myself Down.

I Tried So Very Hard Not To Loose It
I Came Up With A Million Excuses
I Thought I Thought Of Every Possibility

And I Know Someday That It'll All Turn Out
You'll Make Me Work So We Can Work To Work It Out
And I Promise You Kid That I'll Give So Much More Than I Get
I Just Haven't Met You Yet

Mmmmm ....

I Might Have To Wait
I'll Never Give Up
I Guess It's Half Timing
And The Other Half's Luck
Wherever You Are
Whenever It's Right
You Come Out Of Nowhere And Into My Life

And I Know That We Can Be So Amazing
And Baby Your Love Is Gonna Change Me
And Now I Can See Every Possibility

Mmmmm ......

And Somehow I Know That It Will All Turn Out
And You'll Make Me Work So We Can Work To Work It Out
And I Promise You Kid I'll Give So Much More Than I Get
I Just Haven't Met You Yet

They Say All's Fair
And In Love And War
But I Won't Need To Fight It
We'll Get It Right
And We'll Be United

And I Know That We Can Be So Amazing
And Being In Your Life Is Gonna Change Me
And Now I Can See Every Single Possibility

Mmmm .....

And Someday I Know It'll All Turn Out
And I'll Work To Work It Out
Promise You Kid I'll Give More Than I Get
Than I Get Than I Get Than I Get

Oh You Know It'll All Turn Out
And You'll Make Me Work So We Can Work To Work It Out
And I Promise You Kid To Give So Much More Than I Get
Yeah I Just Haven't Met You Yet

I Just Haven't Met You Yet
Oh Promise You Kid
To Give So Much More Than I Get

I Said Love Love Love Love Love Love Love .....
I Just Haven't Met You Yet
Love Love Love .....
I Just Haven't Met You Yet

Saturday, October 10, 2009

modenisasi ker?

kini aku sudah terlebih advance.mungkin.aku pun tak tahu.
dulu aku buta I.T kini agak mahir la kot. hahaha!
masih sedikit bebal sebenarnya.hehe! tapi kini aku sudah punya beberapa link.
sila lihat ya:

myspace= sllu on9
facebook= baru sahaja
wordpress= sudah lama xupdate

beberapa link di bawah ini belum/xmenarik menarik perhatian aku.
sila lihat ya.

twitter= aku xtahu apa kebenda ni.
friendster= dh lapuk dan aku dh jarang on9.
hi5= bnyk invitation tp aku mls nk join.
tagged= bnyk org negro.
zorpia= entah aku pun xtahu.

kalau diikutkan byk lagi sebenarnya tapi aku dh xingat. dan menatang yang bernama muka buku dlm bahasa melayu ni pun baru je aku wat.function dia pun aku belum pas lagi.

ish3...
idak la teman tau.hahaha
tengah bertatih lagi ni.kot2 nanti dah terer blh la temberang skit kan.hahaha.
apa nk jadi la anak pakcik yusop ni.dah mereng agaknya.yeke..?
tak lah..
apa2 pun maybe pasni addicted to FB dh..kot2 dh xlyn g mesepes.hahahaha
blh ke cmtu?kwn baru 2 je dh nk menemberang.betul la dh mereng agaknya.huhu

ok la..esok2 aku update lagi k.xtaw la sape yang lawat blog aku ni.huhu
hope sudi2la payung ek..

p/s: sayang awk en.paik

Wednesday, October 7, 2009

orang asing

Bukan makhluk asing yang cuba menawan bumi.

Bukan entity yang jasadnya terlindung dari mata kasar.

Bukan juga benda asing yang terapung di ruang angkasa.

Tapi dia..

Orang asing yang muncul dalam kehidupan harian.

Kehidupan siapa..

Kehidupan aku sebenarnya.

Ya..

Dia orang asing itu.

Mulanya janggal.

Lamanya terbiasa.

Hingga hilang seketika tercari-cari.

Orang asing..

Hadir dalam hidupku.

Untuk apa.

Berikan aku jawapan andai kau tahu.

Asingnya kau dalam hidupku dulu.

Kini jadi kebiasaan dalam hidupku.

Hingga kini jantungku sentiasa berdegup pantas.

Walau hanya menatap gambarmu.

Walau hanya membaca warkah SMS darimu.

Orang asing..

Apa yang telah kau lakukan.

Kau cuma orang asing.

Walau kini kau bukan lagi asing untukku.

Seperti mula itu.

Kini..

Kau sebahagian dariku.

Adakah kau tahu akannya.

Andai kau belum mengetahuinya.

Akan aku khabarkan nanti.

Saat kita berdua bersama.

Akan aku bisikkan ditelingamu.

Kata-kata itu.



p/s:

xsabar nk tgu dia.

hehe..

tergedik2 pon ad gk.

sssyyhhh...

rahasia ini kita sj yg tahu ok.


Monday, September 28, 2009

Ucapanku


~inilah keluarga besarku..~


~papa n mama yg tercinta dan tersayang~


~ini kami yg sengal..!!~


~mereka yg tinggal..~

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR N BATIN...

huhu...
dh raya ke8 baru sempat nk update blog..
so dikesempatan ni aku susun sepuluh jari kot2 xcukup lg aku mix kn ngan jari kaki aku utk pohon seribu kemaafan kat siapa2 yang aku dh wat salah.maaf kalau aku pernah terkasar bahasa or menyinggung perasaan tnpa aku sedar.almaklumlah manusia tak lari dari membuat kesilapan dan tiada manusia yang sempurna di dunia ini melainkan Dia..Allahu akbar..!

sampai berjumpa di lain hari ok..
assalamulaikum.

Monday, September 7, 2009

KELEBIHAN PENGGUNA DiGi

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor
Dia ada awek name Julie.julie nih dok kt perlis..
Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..
Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i. Diorng da xthan nk jumpe sngat2
Diorng pon berpakat akn berjumpa pada hari raya pertama..
Dan diorng brcdang utk berjumpa di rumah julie.
Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya ke rumah mereka..

Pada seminggu sebelom hari raya,Julie terlibat dgn satu kemalangan..
Mayat julie selamat dikebumikan. .
Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..
Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..
Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..
Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..
Sehari sebelum raya,bru lah hp dia siap dibaiki
Apabila hp da ok,jimmy terus mesej Julie..
Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..
Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..
Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya

Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie...
Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..
Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ada Julie keluar atau menyorok dri dia...Jimmy semakin tidak senang duduk..
Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..
Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar.
Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,
"kenapa mak cik ngan pak cik??apa yg da berlaku pd Julie??"
"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..
Jimmy semakin kehairanan..
Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"
Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..
Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ada sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis
Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..
Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punya.

Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..
Jimmy masih x berpuas ati dan mengorek kubur Julie
Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..
Jimmy semakin hairan dan ketakutan
Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua dia supaya kalo dia mati,tnm skali hp dia sbb die terlalu syg kt hp nih..
Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..
Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,
"awk ngah wat pe??"
Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ada satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi
"xda wat papepon..awk da smpai ke??"
Jimmy semakin panik dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"
Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal.."
Jimmy cuba beranikn diri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANa AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"
Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg...
Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut...
Apabila mereka baca sms tersebut,mereka semakin takut dan seram hingga bulu roma terdiri tegak
Kerana sms tersebut berbunyi
"DIGI ADA DIMANA-MANA"

Friday, September 4, 2009

semalam yg itu.sebelum merdeka.

dari malam2 yang lalu sudah kenampakan bahawa aku kesiangan tentang sesuatu.enjin utama ku seringkali tersekat2 dipertengahan jalan.menyebabkan kesesakan berlaku.malah organ ku yang paling penting turut merasa impaknya.dari malam2 itu juga aku seperti bukan diriku.terasing jauh walau hakikatnya jasad itu ada di depan.

sungguh aku ketika itu berada dalam keadaan yang tidak baik.malah emosi ku turut terganggu.jiwa ku sakit.hati ku turut sakit.fikiran ku mula mengarut yang bukan2.argh..semuanya bergabung membuatkan aku berada dalam kelemasan.lemas dalam seru nafas sendiri.

akhirnya malam itu.sebelum merdeka.segalanya terungkai.terjawab.terurai segala kekusutan dan kekeliruan.

dia memang seperti itu.katanya.
itu sebabnya yang dulu pergi meninggalkannya.
kataku padanya.aku akn biasakn diri.
maaf..
3kali perkataan itu kau ulang.
awak..
awak ingat sy nk break sbb sy bosan awk xmsg sy ke?
mntaw..
itu katanya..
awk sayang sy tak?
soalku..
sayang la..xkn x
itu jawabnya..
sudah cukup bagiku..

kerna aku tak kesah kalau jarang berhubung asalkan aku tahu dia menyayangi ku.
ku harus mempercayai.begitu juga dia.
walau jauh.walau belum pernah ke temu.
yang penting kepercayaan itu wujud.
dan kasih itu sememangnya ada di antara kita.
apatah lagi sayang itu.

p/s: i miss my en.paik

Tuesday, September 1, 2009

ketiadaan duit

menyebabkn otak terhenti berfikir.tersekat di medula sebelum sampai ke sistem utama.
tapi hati gatal seperti ingin digaru-garu.keinginan untuk membeli belah semakin membuak-buak.
tapi dompet habuk pun tarak.
ish3...
tak boleh jadi ni...
misi::..
mencari tabung ayam.
mengorek isi2 yg ada didlmnya.
kting..kting...
duit syiling berguguran jatuh.

ark..!
malunya...
tapi terpaksa.misi ini harus dilaksanakn secepat mungkin.
adush..!

budak2 dah pulang.kantoi la aku kalau mereka nampak.
ish3...



to be continue...

daa

Saturday, August 29, 2009

jaja bday

today is my niece bday..
correct ke b.i aku nih?
agagaga..
hentam je la.. nothing much aku nk coret2 kt blog mlm ni stlh bbrpa mlm aku xblogging. terasa malas lak nk blogging..ntah la.
since kebelakangan ni aku not feeling well la.bukan sakit tapi sakit kat hati ni.something is bothering me.tapi aku malas nk layan.biarkn je la kan.

aku nk story ni.kan hri ni bday ank sedara aku c jaja.so dia ada hntar kek p umah td.sedang enak menjamah kek tetiba lak datang mak kucing ntah dari mana minta kek yang aku makan ni.mulanya aku xnk bagi.yela kot2 kucing ni xpndai makan.bukankah membazir je.

tapi disebabkan aku ni bebal skit so aku bagi la kek ni kat kucing tu.punyala aku terkejut bila kucing tu makan kek yang aku bagi tadi.hahahahaha!
banyak songeh tol kucing ni.dah bagi nk lagi.ceh! tapi aku xla smpai hati xnk bagi.so aku bagi jela.pahala gak..hehehe. lagi2 bulan ramadhan ni kan..

bukan sekali tapi 5x tu.
apa pnya kelas la kucing ni datang.makanan pon xnk mkn nasi.nak jugak mknn kucing yg dalam tin tu.bgs kalau nk yang kering ni x.nak juga yang basah.tu la aku cakap kucing ni banyak songeh tol!

ok la smpai sini ja aku mengarut k..
daa..

opss!
sblm trlupa...selamat hari lahir budak gajah!
hehehe

Monday, August 24, 2009

apa yang kurang

apa...
dan apa..
mengapa...
dan kenapa...

argh..!
aku serik dengan keadaan ini.aku benci.aku tak suka.aku takut.itu yang sebenarnya.walau tak menaruh harapan.tapi ia tetap ada.sekelumit mana pun ia tetap ada.tak dapat disangkal.itu yang membuatkan terasa sakit.

bagai terasa ada yang kurang.sudah sedaya upaya untuk mencuba.bah kan benteng sudah dipersiap.tapi masih dapat menembusi.bilang tak ingin dan tak akan.tapi ia tetap terjadi.bukan dipinta tapi ia tetap berlaku.

sesuatu yang kompleks dan sukar untuk dimengerti.indah tapi berbisa.sakit apatah lagi.
maka
bilang si polan i love u sayang.
bilang si polan i miss u sayang.
tak cukup itu
bilang si polan lagi terima kasih sayang.
dan lagi..lagi..lagi..

bukan bosan.sejuk hati sebenarnya.tapi ikhlaskah.itu aku tak tahu.
kerna aku pnya masalah tentang keraguan.
selalu aku meragui.
tapi ada sebabnya.
aku ikhlas.ya seikhlas2 hatiku.
ku terima segalanya.walau aku tahu siapa dia dan apa ceritanya.walau terpisah jauh.aku cuba.
dan aku masih belum ingin utk mengalah mahupun berundur.
cuma aku tak pasti.
dia bagaimana.seperti aku kah juga.
mula utk meragui.mula utk terfikir.
cukup.
aku sakit memikirkannya.tapi hipokrit kalau aku tak mengaku.
kini segalanya mula berantakan dan bercelaru.maka aku cuma mampu utk menanti kesudahan itu.
apa2 pun segalanya belakang hari boleh cerita.dan aku tahu aku kuat.ya.aku yakin.aku mampu utk terima apa shja jika itu yang berlaku nanti.

maka
tiada lagi bilang si polan sayang i love.
sayang i miss u.
terima kasih sayang.
lagi..lagi..dan lagi..

tutup cerita.tamat.





p/s: aku sudah mula bertudung.mulanya agk kekok.tapi aku kena biasakan.
bkn kerna paksaan tapi hati terbuka utk berubah.lebih2 lagi dbulan mulia ini.
hee....peace
xoxo:
gadis_blur

Friday, August 21, 2009

ramadhan ya ramadhan

esok dh start puasa.
so kena la puasa.
wajib bkn sunat.
dosa klu tak tunaikn.


apa2 pn selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak.
xoxo:
gadis_blur

Monday, August 17, 2009

bicara tentang siapa

aku tak tahu dan aku tak ingin tahu.
biar ia begitu.
seperti mana asalnya.
jika hampir ke situ biarkan saja.
jangan peduli.
seperti itu hendaknya.
walau tersisih jauh.
walau terbias cahaya.
ia tetap seperti itu.
semakin hilang semakin jauh.
jangan dihalang.
itu pintanya.
walau seksa.
walau pedih.
itu apa mahunya.
aku tak tahu dan aku tak ingin tahu.
kenapa dan mengapa.
biar.
dan terus begitu.
hingga hanyut dibawa arus.
tiada tepian.
tiada penghujung.
akankah hanyut sampai mati.
aku tak tahu dan aku tak ingin tahu.
biar.
akan tiba bila bicara ini berakhir.
tentang siapa.
soalnya tentang apa.
dan mengapa.
tapi kini.
biarkan ia seperti itu.
berlayar tanpa kemudi.
mengikut arus.
dan hanyut.
di tengah2 itu.
sendirian.
mungkin bersama igauan.
ngeri atau mengerikan.
perbezaan cuma apa.
sama sahaja.
jauh pergi semakin hilang.
disebalik kesamaran.
hayat seperti dipenghujung.
tapi.
nafas semakin pantas.
jantung semakin kencang.
kaki lemah.
tiada daya.
biar dan akan terus begini.
sampai bila2..

Thursday, August 13, 2009

live.love.laugh

live..
kehidupan..

love..
cinta..

laugh..
ketawa..

aku punya seseorang untuk aku sayang.walau dia jauh tapi aku punya perasaan padanya.walau dia belum ku ketemu.tapi aku punya perasaan padanya.
bukan omongan kosong.atau perasaan mainan.tapi ini benar.aku bukan bohong.aku jujur pada perasaan ku sendiri.

awak tahu siapa yang saya maksudkan..
saya sayang awak walau bagaimana awk sekalipun..
ikhlas dari hati.

Wednesday, August 12, 2009

my story

hari ini saya duduk di tepi sungai. saya nampak ikan lompat2.betul ke?bukan tengah berenang ke? layan je la.haha.

saya nak pancing ikan tapi umpan takde.malas nak korek cacing.eiww..saya geli.
so,saya duduk bawah pokok yang rendang. tiba2 saya nampak monyet.mereka sedang bersuka ria.dengan seberapa pantas. mak saya datang.mak saya ambik lastik.konon2 nak lastik monyet.tiba2 suasana sunyi.hah! monyet dah takut.mereka masuk dalam hutan bersmbunyi.mak saya memang hebat!

saya sambung lagi.sekarang ayam mak saya pulak buat hal.dengan sepenuh tenaga ayam itu cuba mengorek tanaman sayur mak saya.dalam hati cakap "habis la kau ayam kalau mak aku nampak ko kejap lagi" kan betul.mak saya datang.dengan lastiknya juga.belum sempat mak saya lastik ayam dah jauh lari. " hahahaha" .saya ketawa dalam hati.nanti mak dengar dia kecik hati.

saya berdiri.tengok2 mana tahu ada orang nak datang.hee
alasan semata2.

saya sambung story ye.tengah elok2 duduk bawah pokok.henpon saya berdering.boyfriend ke?ala..mesej soh top up lak.ceh! buat saya berharap je.tahu la saya dah pokai.nak top up tunggu mak bagi.tapi mak bagi ke?...persoalan ini sungguh mendebarkan jantung dan menggegarkan medula oblongata saya.hingga peluh memercik di dahi saya.tapi ini bukan perkara penting.saya sedang berehat.itu yang penting.haha.

saya nampak pokok jambu.sedang ranum.yeke?ala..percaya je la.saya tengah cerita ni.sambung story ea.lalu saya ambik galah.konon2 nak jolok.sekali jolok saya terjolok sarang tebuan.bedebush!! jatuh atas tanah.saya panik.tebuan sudah mula mengambil posisi nak attack saya.macam mana ni.kat fikiran nak terjun sungai.tapi saya tak pandai berenang.tebuan semakin hampir.dan saya juga sepenuh energy berlari-lari.entah nak ke mana.

tiba2.kedebush! akhirnya saya terjun ke sungai tanpa fikir semasak-masaknya.tebuan tak dapat nak ambush saya.sebab tebuan tak boleh berenang.hahaha! padan muka ko tebuan.
ending2 saya hanyut kat tepi tebing.nasib baik saya tak lemas.saya capai akar kat tebing.nasib saya baik.akhirnya saya selamat.Allah masih sayangkan saya.hee

tapi.saya masih dalam bahaya.tahu kenapa?tak tahu?saya pun tak tahu.agagagagaga!
bodohnya.

moral:
jangan sengaja cari pasal dengan tebuan.
hahahaha..!


xoxo:
gadis_blur

Monday, August 10, 2009

malam ini

malam ini masih seperti biasa.waktu masih panjang utk siang berlabuh.aku juga masih seperti malam2 yang sebelumnya.tiada perubahan.hingga hampir aku ingin jatuh.tapi masih bertahan.tapi kadangkala aku juga tak mampu.

suatu malam itu.aku menjadi sangat sensitif.airmata ku begitu murah.sedangkan aku cuba sedaya utk bertahan.tapi ia tetap menitik jua.lantas.aku menangis teresak2 seperti anak kecil.mengongoi tersedu2.argh! saat itu aku tak mampu bersuara.tangisku dalam diam.ku sembunyikan wajahku disebalik bantal.aku malu.aku sudah besar tapi menangis seperti anak kecil.

malam itu juga.dia bertanya padaku.buat apa.aku kata dengannya aku sedang menangis.kenapa katanya.aku kata tiada apa.ceritalah.dia kelihatan prihatin.sebak ku menjadi2.ku kata padanya aku cuma stres.stres kerana apa.tiada apa.sudah okey ni.dia tak puas hati.akhirnya ku ceritakan jua.sabar je la katanya.ya.sedang bersabarlah ni.namun,akhirnya aku katakan padanya aku cuma bergurau.lagipun hari itu ulang tahun kelahirannya.aku tak ingin bebankan siapa2 dengan masalah ku.jadi dia percaya bahawa aku cuma berpura2 menangis.hakikatnya mata ku sembab dan merah.semuanya kerana airmata ku yang begitu murah malam itu.

aku bukan sengaja.kasihan dia.sudah cukup bagiku bila dia prihatin tentang diriku.terima kasih.lainkali buat lagi ea.hee

malam ini.aku sendiri lagi.malam ini.dia sudah berkelana.awal timingnya.kerana sakit kepalanya.kasihan dia.biarlah.esok malam masih ada.

*.......

tiada sebarang idea ketika ini.kadang kala malam yang ini.membuatkan aku kebosanan.masa terasa teramat lambat utk berlalu.aku sering dihambat rasa bosan itu.argh! inilah rutin yang harus aku tempuhi setiap malam.membosankan.ya.sudah tentu.tapi.bukan semua malam itu.hanya separuh.maaf wahai bintang malam.jika aku menyakiti dengan rungutan ku.tiada siapa yang mendengar.tika ini.

terasa seperti melihat kura-kura yang sedang berjalan.geram kerana melihat ia lambat utk bergerak.begitulah situasi ku ketika ini.aku geram melihat detik saat itu.mengambil masa utk menghabiskan satu pusingan.tapi ini sudah terlalu biasa utk aku.aku ulang.terlalu biasa.cuak.muak.segalanya.

semalam.aku ralat.di atas katil.aku bergolek ke kanan dan ke kiri.kantuk belum lagi menjengah.tiada mood utk berangan.kerana itu habitku sebelum tidur.aku tak tahu berapa lama aku menghadap siling.bermain mata dengannya.sedar2 sudah kesiangan baru aku terjaga.

malam ini.mungkinkah seperti semalam.ralat lagi.bermain mata dengan si siling yang setia itu.argh! aku tak ingin.dia tak mengerti bahasa tubuhku.dia cuma kaku.seperti itu adanya.cis!
terlintas di akal.si siling itu sedang mentertawakan aku.khayalanku mengatakan.kasihan dia sudah berapa malam dia begitu.aku hnya membiarkan dia keseorangan.dengan bunyi cengkerik.mungkin dia takut.hahahaha! celaka kau siling! kau ketawakan aku ya. sabar.itu cuma khayalan.bukan realiti.tidak mengapa.aku biarkan saja.

malam ini.agaknya aku sudah gila.berkhayal tentang siling yang punya suara hati.arrgghh!
aku bukan gila.cuma minda ku berserabut.ya aku tahu.hee. tapi si gila ini bukan maniac cuma psiko sahaja.entahlah.mungkin juga.jangan tanya.aku tak tahu.lihat aku sudah mengarut.

cukuplah.sebelum aku mencarut lebih baik aku buat benda lain.


xoxo:
gadis_blur

Friday, August 7, 2009

fenomena bulan merah

bukan rekaan semata2 tapi ini benar2 berlaku.di manakah bulan yang indah itu.tiada.kini fenomena bulan merah mula mengintai malam.

bukan dongengan semata2.ini telah pun berlaku.malam ini semua telah menyaksikannya.aku juga termasuk dalam kelompok itu.kerna aku si secret admire bulan.

bukan magis si ahli silap mata.tapi inilah magis pencemaran alam.sana sini orang sok sek pasal H1N1.sana sini juga orang sok sek sibuk nak lakukan pembakaran terbuka.sana sini juga orang sok sek nak buka kilang baru.

mereka tak tahu.mereka bebal.mereka buta.semuanya mereka.untung yang dikaut itu sahaja yang mereka peduli.

aku rindu bulan.yang cahayanya indah.bukan seperti fenomena ini.menakutkan.sampai bila.aku tak tahu.pencemaran itu mana mungkin akan berhenti begitu sahaja.akan ada bila musimnya.

aku rindu bulan.yang seperti biasa itu.
aku rindu bulan.yang putih itu.
aku rindu bulan.yang cantik itu.
aku rindu bulan.yang segalanya tentang bulan.


p/s: cerita tentang pencemaran xkan berakhir bgtu shja.

*si perindu bulan.

Thursday, August 6, 2009

dingin

malam ini dingin.tidak seperti semalam.terasa hangat yang sangat.peluh merintik di dahi.
malam ini setitik peluh pun tiada.terasa dingin.hingga meremang bulu roma.alangkah enak jika dia ada memeluk ku.memberi aku sedikit kehangatan tubuhnya.

tapi dia tiada.di manakah dia.aku tak tahu.sungguh masa itu belum tiba lagi.aku harus sabar utk seberapa ketika.aku tahu aku mampu.

masih lagi kedinginan.terdengar deruan angin di luar jendela ku.

cuaca kini tak menentu.jerebu.kemarau.hujan.H1N1.semuanya bersatu padu.membuatkan setiap dari mereka ketakutan.termasuk juga aku.bukan takut utk mati.tapi aku belum bersedia.masih bnyk yang belum aku lakukan.dan diriku masih lagi jauh dari tertinggal di belakang.bekalan ku masih belum mencukupi.ya aku amat pasti akan itu.

*....

malam ini aku diam.aku ingin menghayati kedinginan itu.bulan bersembunyi disebalik tirai langit.tak sudi dirinya utk aku intai dari jendela kamarku.biarlah.aku tahu bulan juga punya waktu utk bersendiri.seperti aku.benarkah..
aku kerap bersendirian hingga aku tak terkira bilangannya.aku biarkan saja.kerna aku sudah biasa.terlalu biasa.mungkin.

sayang.aku ingin dakap perkataan itu seeratnya.hingga ada saatnya aku tak ingin lepaskan.tapi aku belum pasti.hingga saat ini.itu yang pasti.

cinta.aku ingin miliki perkataan itu selamanya.hingga ada saatnya aku tak ingin yang lain.tapi aku tak ketemui lagi.hingga saat ini.itu yang pasti.

luka.aku fobia.hingga ada saatnya aku trauma.tapi ia tetap berlaku.tapi bukan saat ini.itu aku pasti.

bahagia.aku sedang mengalaminya.tapi benarkah.mungkin ada saatnya.itu yang pasti.

rindu.aku amat mendambakannya saat ini.hingga ada saatnya hatiku tak tenteram.itu aku pasti saatnya kini.cuma ada tika aku berpura2.kerna rindu ada masanya tak perlu diungkapkan.itu katanya.

*....

malam yang dingin ini membuatkan aku terasa begitu asyik.tapi ada sesuatu yang kurang.mungkin.aku masih belum mengetahuinya.biarlah rahsia.hee

aku sudah kehilangan idea.tiada lagi kata2 yang ingin aku taipkan.kedinginan ini membekukan otakku.biarlah.bukan tiada esok atau lusa.masih ada.jika diizinkanNya.amin..

esok.ada misi.dengan sebijik kamera digital.seorang assistant.aku ingin pergi memburu.mencari view disebalik pekan usangku.mencari port yang menarik di lorong2 lama itu.mencari model semulajadi yang masih tertinggal sisanya.aku sudah ketagih.dia yang membuatkan aku begitu obses.tapi bukan obsessi.ya itu pasti.

aku pergian dulu.nti aku upload gmbr2 itu ya.sekadar utk memperlihatkannya.itu jika ada yang melihat.itu yang pasti.hee

xoxo:
gadis_blur

Sunday, August 2, 2009

petang itu




di beranda itu aku duduk di kerusinya...
tiada apa yang terlintas diminda tika ini.angin yang menderu hnya seketika.kini suasana sepi.kicauan burung tiba2 terhenti.si anak kera yang riang bermain turut hilang dari pndangan.mungkin kembali ke rumah mereka.

*angin kembali bertiup...

nyaman dan mengasyikkan...ku lihat ke bawah.ayam2 peliharaan ibuku berkeliaran.berkokok sesama sndiri.entah apa yang dibualkan.aku tak mengerti kerna aku hnya manusia.

*sepi lagi...

ku lihat lori tua bapaku...inilah jentera yang telah berjasa pada kami sekeluarga.jentera bapa utk mencari sesuap nasi utk membesarkn kami anak2nya.sungguhpun sudah tua namun lori ini tetap gagah dan masih mampu utk meneruskan khidmatnya.
tiba2 si ayam jantan sedang galak berkokok.mungkin dia sedang memperlihatkan kejantanannya.siapa tahu bukan.

dari kejauhan kedengaran sayup2 bunyi kenderaan.sedang mengejar sesuatu yang tak pasti.mungkin.

..di hadapan ku pokok itu kelihatan sedang asyik menari mengikut liuk lentok angin.geseran dedaun begitu mengasyikkan.menghantar satu input ke minda dan mententeramkn jiwa.angin yang sepoi2 bahasa begitu indah membelai wajahku.terasa sprti di awangan.tapi mana mungkin.namun nikmat itu aku tak sia2 kan.

...aku begitu asyik dengan pena dan buku ku. aku ingin catit segalanya yang ku alami tika ini.hari yang indah walau aku hnya duduk dan memerhati..

*angin berhenti..suasana kembali sepi...

dan aku masih lagi di beranda ini.sungguhnya tika ini tiada apa yang terlintas.aku tak mampu utk memikirkan apa2.mungkin juga terlalu bnyak hingga satu pun tak mampu utk di tafsir.

*diam..

aku leka bermain pen ditanganku...dan aku lihat awan semakin berarak..burung berkicauan.adakah ini menandakan aku sedang bosan.hujung minggu yang tiada apa.juga bosan hanya dengan menonton siaran televisyen berbayar.semuanya tak mampu menarik perhatian.
namun...
hari kelmarin begitu mengujakan.
aku bermain dengan alam dan sekelilingku.aku adaptasikan ia dalam kamera kecil ditanganku.

aku capture pergerakan orang bergerak.



aku capture pekan usangku yang masih punya monumen kedai2 lama.

aku juga punya model cilik yang mengekor di mana saja aku pergi.bagi mereka ini merupakan adventure yang pertama.berjalan dan merakamkan suasana itu.kami begitu asyik.senyuman itu sukar utk digambarkan dengan kata2.mereka kelihatan riang dan teruja.begitu juga aku.dan wajah itu tidak akan menipu.


buat seketika aku lupa tentang segalanya.yang penting hari itu aku berjaya mencari "missing part" itu.aku juga punya talent utk mencari di mana titik keriangan.di mana seninya suatu karya itu.di mana hidupnya suasana itu.mungkin aku masih lagi dalam proses pembelajaran.namun aku tak kisah.semakin bnyak aku belajar semakin aku tahu bahawa aku masih lagi jauh ketinggalan.masih bnyak yang aku belum tahu.masih cetek pengetahuan ku.ya.itu pasti.

*tersenyum..

aku mungkin sedang bahagia.ya.aku tahu.aku dapat rasakan.hee..
oklah,aku tak nak mengarut lebih2.biarlah rasa ini aku terus simpan.buat seketika.
daa...

xoxo:
gadis_blur

Tuesday, July 28, 2009

aku.buku.musik

hr ini aku kesiangan.sebarang aktiviti tidak berjalan dgn lancar.kepala ku pusing.ku coba utk relaks.ya relaks tp keadaannya ttp sma.semakin mampir ke arah ku.semakin brpusing kepala ku.
otak xmampu utk brfikir.sejenak hilang dlm kekaburan.

*diam dan mengeluh..

apa sdh jadi sebenarnya..aku xmmpu utk mengungkai sebarang jwpn yg mungkin.tiada hipotesis yg brkaitan utk aku rujuk.sgla kebarangkalian jga tidak menjurus ke arah itu.maka semakin aku kesiangan.semakin aku pusing.aku bkn pemenang hadiah nobel yg mampu menghasilkn teori baru.malah utk selesaikan mslh kecik sj sdh aku bingung.

*menarik nafas...

petang td aku mengambil sebuah buku yg ku lihat berada di meja itu sejak bbrpa hr yg lepas.dan br td aku brkesempatan utk mmbacanya.kisah mengenai seorang gadis yg miskin tp brjaya mendapat 20a.sedikit sebanyak aku termotivated membaca kisahnya.biar miskin harta asal kaya ilmu.biar apa mslh sekali pn yg mendatang tetap yakin ada jalan penyelesaiannya.

" Padaku, kesderhanaan hidup dahulu telah mengikatku kepada Allah dan aku berharap tali ikatanku padaNya semakin kukuh dan tidak akan putus sama sekali."
(words by Nik Madihah)

aku mula brfikir.aku bukan begitu.jauh sekali seprti dia.namun aku sdh menanam satu niat dlm diri.aku akn jd sprti dia suatu hr nanti.disaat aku tak prlu lg berfikir dua kali...amin
kehidupan ini terlalu byk cobaannya.andai kita lemah tersungkurlah kita disaat itu juga.pegangan perlu kuat.keyakinan perlu ada.ketaqwaan sentiasa dilindungi.aku berharap aku tidak akn tersungkur begitu sahaja.kerna sekian lama aku berulit dgn kehidupan ini byk sirna yg aku telah alami.aku rasa sgt berdosa.aku sentiasa berkata padaNya biarkan aku bernafas pd hari esok agar aku masih bisa disinari kasihMu dan hatiku terbuka utkMu.

*diam...

sungguh tiada lagi dlm modus operandiku utk berbuat apa2..aku masih lagi sprti tadi.mencari bait2 kata yg ingin aku susunkan kali ini.hari2 brlalu begitu sahaja.sama sprti zarah2 dan molekul2 yg berada diudara.bebas bergerak.

*.................

aku kehabisan bait2 yg ingin aku susun.tika ini seakan semuanya tak menjadi.bagai angin yg menyapa dan pergi disaat aku baru mula menikmatinya.biarlah saat ini bukan utk aku bercanda.saat itu sentiasa ada.cuma malam ini aku tak mampu.segalanya kabur.mungkin aku kebosanan atau diri ku kini sedang bertempur.apa yang pasti aku mengundurkan diri utk malam ini.

xoxo:
lost in the misery with rain

Monday, July 20, 2009

bosan

tiada apa menarik perhatian tika ini. malah siaran televisyen juga tidak mampu menarik aku utk menontonnya.
hambar dan membosankan.
urgghh..!!

tiada satu benda pun yang aku blh buat.ini yang membuatkan aku semakin lemas.malam ini terlalu lmbt utk berlalu.
benda canggih sekecik tapak tgn ini pun turut menyepikan diri.di mana mereka2 itu.

aku dilanda kebosanan yang amat.

*mengeluh....

*menarik nafas dalam2 dan menghembuskan secara perlahan..

tika ini aku rindu pd dia..
siapa dia...entah...
aku rindu mengadu padanya..
dia mendengar segala kata ku tnpa byk bicara..
tidak mencelah malah hnya berdiam..
membiarkan aku meluahkn sgla rasa yg terpendam..
sudah terlalu lama aku xpedulikan dia..
rasa berdosa yg amat..
aku terasa hina dan kotor..

*termenung seketika...

smpai bila harus begini..
aku diburu rasa rindu ini...sungguh ini bukan omongan kosong.
baru kini ku terasa..
hilang dan tercari2...

hurmmm.....
malam masih pnjg..sedari tadi aku berhadapan menatang empat segi ini.tapi kotak fikiran ku kosong dan terbang entah ke mana.aku tak mampu utk mentafsir sebarang data.fokus ku lari...
ermm...
lenguh seluruh badan ini..sudah beberapa hari aku menjadi ketua chef di rumah ini.segalanya aku yang buat.sampai suatu saat aku terasa sprti ingin menghamburkan semua barang yang ada.memecahkan pinggan mangkuk dan menyepahkan barang2..tapi bila difikirkan balik aku juga yang akan mengemasnya kembali.semua ini bodoh..! teramat bodoh..
aku kah yang bodoh itu..entah..mungkin juga..ha ha ha!

*mengeluh....

sepanjang minggu ini emosi ku tak menentu..bercelaru..dan mudah melenting..
biasalah perubahan hormon.tp aku kesian dgn mangsa kemarahanku..budak2 itu tidak mengerti.jauh sekali utk berkongsi rasa.
hurmm...

*diam...

cuba utk fokus...aku masih tercari apakah mksud seseorang itu..
dulu dia tidak begitu..knpa kini baru dia nk muncul lagi..aku sudah tak perlukan dia dlm hidupku.dia membuatkan aku tidak keruan.apa yang hendak diberitahunya hingga orglain tidak blh tahu.meminta aku utk merahsiakan.tapi hingga kini dia belum memberitahu apa sebenarnya perkara tersebut.aku tak suka menunggu.lbh2 lg apa yg ingin disampaikan olhnya..
arrggghhh...!

. . . . . . . . . . . . . . . .

aku bosan...
malam ini sungguh membosankan...
namun aku tak pernah bosan dgnNya..
........

Monday, July 13, 2009

sorrow

down came to sorrow
feel nothing but empty
wondering in every sight
silent is the key
darkness came near me
passing by the light
turn all the day to dark
feel sorrow and drawn to it
cant run cant hide
voices in everywhere
mumbling word that i cant understand

down came to sorrow
feel in empty boxes
nothing else could be done
everything came to me
forced to be mean
but it wasn't me

no...
drawn into darkness
is end of life
madness..loneliness..
they all came along
makes u crazy
until u fall
deep down into it

Thursday, July 9, 2009

cakap banyak pun xguna

cakap banyak pun tak guna jika kau xmendengarnya.
diam pun tiada erti jika kau xmemahaminya.


sudah lama berlalu.tiada musim yg bersilih ganti.
kau tetap sama.

berdiri tanpa goyah.tanpa perasaan.
wajah kosong tiada ekpressi.

renunganmu polos.memandang arah yg satu.
tiada kerdipan.tiada keluhan.

jiwa mu kosong.hati mu beku.
cakap banyak pun tak guna.

apa ada di depan bagai ilusi.
khayalan yg singgah sebentar dan akan pergi.

diam pun tiada erti kini.
biar menjadi bisu tetap sama.

.........

Wednesday, July 1, 2009

sepi.sunyi.diam.lagu

sendiri.terasa kosong.kedengaran lajunya kipas berpusing.ditemani alunan musik.yang mungkin bukan pilihan.namun bait2nya ada erti.
ditinggalkan keseorangan.sesi berdialog dpn pc.mengetuk kekunci melakar kata.kadang kala spontan terhenti.hilang inspirasi.datang bagai angin pergi bagai ribut.

menghayati kesunyian.
diam.fikiran menerawang membolos dimensi yang sirna.kosong dan putih.terus berdiam.mencari mungkin.tapi apa.persoalan yang belum ada jawapan.masih menghayati.

celik mata memandang.
kabur.tiada klu.pejam dan celik tetap sama.paradigma tetap beranjak.graviti masih dititik norma.mana mungkin terapung.

terhenti seketika.
gangguan.mencacatkan suasana.hilang semua.harus dicari.kembali mengetuk kekunci.saat ia datang.harus dimanfaatkan.takut hilang lantas ketandusan.

berfikir mungkin.
sedang mencari.susunan kata yang pasif.sengaja mungkin.keterbalikan kata punya maksud.tersirat atau tersurat.tetap sama.

musik terhenti.
mendengar yang lain.kedengaran berbeda.tapi sedang elok.agak sedikit agresif.mungkin.belum dihayati sepenuhnya.

yang pasti.
saat ini masih lagi sendiri.di kamar itu.mendengar dan melihat.tetap sepi.

keinginan.
berada di awangan mungkin.tapi yang pasti mustahil.anganan yang tak mungkin akan tercapai.hanya anganan bukan kemahuan.

waktu kini.
sepi dan sepi lagi.harus apa sepatutnya.tiada.mungkin berlalu sahaja.destinasi buntu.terus berdiam mungkin.

buntu.
penyakit sialan yang sering merajai.menghentam di saat lemah.terduduk bukan terjatuh.masih berfikir.jalan itu masih ada.cuma pandangan kabur.

sesak.
argh...!
saat ini sungguh melemaskan.tak dapat diteruskan.berhenti di sini.



ps: situasi ini benar.saat keseorangan di rumah.

Tuesday, June 30, 2009

pentas lakonan

aku bukan primadona atau diva.aku bukan pengarah atau penerbit.aku juga bukan handalan mahupun jagoan..siapa aku?

aku adalah aku.
yang berdiri di atas pentas melakonkan watak sendiri.perlu apa utk menjadi itu yang bukan aku.aku bukan hipokrit atau plastik.

yang harus menjadi yang lain.sedang menipu diri sendiri yang keliru.perlu apa sebenarnya.tiada jawapan atau saja utk mengelak.mungkin dirinya tidak sebagus klon.perlu berpura-pura disebalik topeng zorro itu.

peduli apa orang kata.mulut bebas utk berkata2.
berdiam diri atau prlu ada prima facie?ini bukan mahkamah perlu ada si pendakwa dan si pembela.

aku bukan takut atau pengecut.ini adalah aku.apa adanya aku.itulah aku.
terima atau tidak terpulang.bukan aku meminta belas.cuma bercerita dari observation mengenai insan yang berselindung disebalik topeng itu.

mungkin sedarkah mereka itu.terlalu lama memerhati aku mula sedar akan satu perkara.mereka ini kejam pada diri sendiri.merosakkan akhlak.menyakitkan hati.aku bukan menilai dari pandangan kasar.aku bukan sekejam itu.aku menjadi diri aku setelah aku melihat bagaimana mereka mempergunakan diri.hnya utk menjadi hipokrit.

bosan..
mual..
menyampah..

aku bukan simpati tapi terasa.mereka terusan jua bermain dan berlakon.harus ada pentas anugerah utk mereka.ya seharusnya.

kenapa?mungkin utk penghargaan atas lakonan yang sehebat primadona SALOMAH.tapi benarkah.sia2 saja.

di sini aku tekankan.pelakon yang tidak perlu berlakon dan sentiasa jujur dlm apa jua perkara.adalah kanak2 yang masih bersih dirinya dari sebarang racun pengaruh.jiwanya mulus lagi tulus.katanya tiada dusta.kadang kala menghiburkan hati.

dia idola ku.tapi ketika dia kecil saja ok.bila besar perangai kalian pun tahu kan.macam2 boleh jadi.aku juga begitu.tapi aku bukan dia.yang dewasanya perangai macam si keldai yang bongok.atau kambing yang suka mengembek..mbek..mbek..~hahaha!

ps: aku masih baru.perlu ada yang memberi tunjuk ajar.andai ada kata yang kasar sila maafkan.bukan sengaja.masih bertatih.apa2 pn terima kasih.

Monday, June 29, 2009

jadi diriku

bukan mudah utk menjadi orang lain.perlu apa utk menjadi yg lain sedangkan diri sendiri lbh bererti.
membuang waktu begitu shja utk mencuba sedang hasilnya tiada.kenapa prlu semua itu.bersendirian bukan bererti tiada siapa ingin menemani.aku bukan dia.aku bukan siapa2..dia tau dia..aku adalah diriku.berpijak dgn kaki sendiri.

test

blog br telah dbuat ats sebab2 blog lama xdpt sent komen.