Sunday, August 2, 2009

petang itu




di beranda itu aku duduk di kerusinya...
tiada apa yang terlintas diminda tika ini.angin yang menderu hnya seketika.kini suasana sepi.kicauan burung tiba2 terhenti.si anak kera yang riang bermain turut hilang dari pndangan.mungkin kembali ke rumah mereka.

*angin kembali bertiup...

nyaman dan mengasyikkan...ku lihat ke bawah.ayam2 peliharaan ibuku berkeliaran.berkokok sesama sndiri.entah apa yang dibualkan.aku tak mengerti kerna aku hnya manusia.

*sepi lagi...

ku lihat lori tua bapaku...inilah jentera yang telah berjasa pada kami sekeluarga.jentera bapa utk mencari sesuap nasi utk membesarkn kami anak2nya.sungguhpun sudah tua namun lori ini tetap gagah dan masih mampu utk meneruskan khidmatnya.
tiba2 si ayam jantan sedang galak berkokok.mungkin dia sedang memperlihatkan kejantanannya.siapa tahu bukan.

dari kejauhan kedengaran sayup2 bunyi kenderaan.sedang mengejar sesuatu yang tak pasti.mungkin.

..di hadapan ku pokok itu kelihatan sedang asyik menari mengikut liuk lentok angin.geseran dedaun begitu mengasyikkan.menghantar satu input ke minda dan mententeramkn jiwa.angin yang sepoi2 bahasa begitu indah membelai wajahku.terasa sprti di awangan.tapi mana mungkin.namun nikmat itu aku tak sia2 kan.

...aku begitu asyik dengan pena dan buku ku. aku ingin catit segalanya yang ku alami tika ini.hari yang indah walau aku hnya duduk dan memerhati..

*angin berhenti..suasana kembali sepi...

dan aku masih lagi di beranda ini.sungguhnya tika ini tiada apa yang terlintas.aku tak mampu utk memikirkan apa2.mungkin juga terlalu bnyak hingga satu pun tak mampu utk di tafsir.

*diam..

aku leka bermain pen ditanganku...dan aku lihat awan semakin berarak..burung berkicauan.adakah ini menandakan aku sedang bosan.hujung minggu yang tiada apa.juga bosan hanya dengan menonton siaran televisyen berbayar.semuanya tak mampu menarik perhatian.
namun...
hari kelmarin begitu mengujakan.
aku bermain dengan alam dan sekelilingku.aku adaptasikan ia dalam kamera kecil ditanganku.

aku capture pergerakan orang bergerak.



aku capture pekan usangku yang masih punya monumen kedai2 lama.

aku juga punya model cilik yang mengekor di mana saja aku pergi.bagi mereka ini merupakan adventure yang pertama.berjalan dan merakamkan suasana itu.kami begitu asyik.senyuman itu sukar utk digambarkan dengan kata2.mereka kelihatan riang dan teruja.begitu juga aku.dan wajah itu tidak akan menipu.


buat seketika aku lupa tentang segalanya.yang penting hari itu aku berjaya mencari "missing part" itu.aku juga punya talent utk mencari di mana titik keriangan.di mana seninya suatu karya itu.di mana hidupnya suasana itu.mungkin aku masih lagi dalam proses pembelajaran.namun aku tak kisah.semakin bnyak aku belajar semakin aku tahu bahawa aku masih lagi jauh ketinggalan.masih bnyak yang aku belum tahu.masih cetek pengetahuan ku.ya.itu pasti.

*tersenyum..

aku mungkin sedang bahagia.ya.aku tahu.aku dapat rasakan.hee..
oklah,aku tak nak mengarut lebih2.biarlah rasa ini aku terus simpan.buat seketika.
daa...

xoxo:
gadis_blur

No comments:

Post a Comment