Monday, August 17, 2009

bicara tentang siapa

aku tak tahu dan aku tak ingin tahu.
biar ia begitu.
seperti mana asalnya.
jika hampir ke situ biarkan saja.
jangan peduli.
seperti itu hendaknya.
walau tersisih jauh.
walau terbias cahaya.
ia tetap seperti itu.
semakin hilang semakin jauh.
jangan dihalang.
itu pintanya.
walau seksa.
walau pedih.
itu apa mahunya.
aku tak tahu dan aku tak ingin tahu.
kenapa dan mengapa.
biar.
dan terus begitu.
hingga hanyut dibawa arus.
tiada tepian.
tiada penghujung.
akankah hanyut sampai mati.
aku tak tahu dan aku tak ingin tahu.
biar.
akan tiba bila bicara ini berakhir.
tentang siapa.
soalnya tentang apa.
dan mengapa.
tapi kini.
biarkan ia seperti itu.
berlayar tanpa kemudi.
mengikut arus.
dan hanyut.
di tengah2 itu.
sendirian.
mungkin bersama igauan.
ngeri atau mengerikan.
perbezaan cuma apa.
sama sahaja.
jauh pergi semakin hilang.
disebalik kesamaran.
hayat seperti dipenghujung.
tapi.
nafas semakin pantas.
jantung semakin kencang.
kaki lemah.
tiada daya.
biar dan akan terus begini.
sampai bila2..

No comments:

Post a Comment