Thursday, December 31, 2009

ibyori shironde

aku tak tahu apa angin aku hari ni,tetiba jer aku rajin nak cuci keta.mungkin aku nak hilang rasa sedih kot.huhu
sudahlah paginya aku telah kehilangan arnab kesayangan. setelah 2bulan lebih aku jaga dan belai dgn penuh kasih sayang akhirnya ajal arnabku diambik oleh kucing yang tiada perikebinatangan!!


arrggghhhh!!....
kalau aku jumpa kucing tuh lagi nnti m****s la dia.hahahahahaha! (ketawa jahat)
tapi aku bukannya jahat sgt ngan binatang tapi makhluk tu dah amik kesayangan aku.huhu
nangis airmata darah pun Gumok aku xkan kembali...waa..waa..waa.. (dh ckp jgn nangis tp aku xleh n msti nangis gak)
tiap pagi aku selalu cakap mcm ni.
" alo cayang umok...cayang kulos..alolo cayang2"huhu..tapi esok pagi aku dapat sebut
"alo cayang kulos jer.."so sedih hati ini.

masalah laen lak aku blom gtaw sis aku yang arnab tuh dah mati.esok dia dah balik..ish3..aku xsampai hati nak gtawla.lagipun aku xnak ingat lgi.sungguh menyayat hati.
2la pasal aku tak suka ibyori shironde sebab ianya sakit lgi menyedihkan.
dan2 lagi tadi petang aku dpt call dari agent gtaw tarikh flight g futher study ialah sehari sebelum besday aku.lagilah aku sedih.waa..waa..waa
nak xnak aku kena prgi gak cz dah byr..lgpun ini apa yang aku nak.dari dok kat umah xde watpe bek sambung study kan..kan??
mianhae oma apa..
coz terpksa menyusahkan korang.aku janji aku akan berusaha sebaik yang mungkin dan xkan menghampakan korang..doakan anakmu yang bernama Noranizah ini.
...kakak2..abang2..n adik2 ku.jgn lupa doakn aku gak ya.
amin..amin ya rabbal al amin..
aku sayang korang sampai mati.

p/s: selamat tahun baru.
azam tahun bru ni study rajin2
n xleh sia2kan pengorbanan
En. Yusop & Pn.Rawana
doakan untuk aku ya..

pembunuhan kejam sebelum tahun baru!



sabah: sehari sebelum berakhirnya tahun 2009 telah berlaku satu pembunuhan kejam. suspek dikenali sebagai kucing pendatang telah membunuh GUMOK dengan begitu tragik sekali. sesiapa yang melihat pasti tidak dapat menahan sebak. Owner GUMOK yang menyaksikan kejadian tersebut tidak dapat menahan amarah apabila melihat kucing pendatang itu sedang enak melahap binatang peliharaannya.saksi yang berada ditempat kejadian mengatakan bahawa pemangsa tersebut terjun dari tangga tingkat atas apabila dikejar oleh Owner tadi.

beliau berazam untuk mencari kucing pendatang kerana telah meragut nyawa binatang kesayangannya. namun sehingga kini suspek masih lagi belum ditemui. oleh itu orang ramai diminta membantu mencari suspek tersebut.ciri-cirinya adalah seperti berikut:

1.berbulu
2.mempunyai tompok kuning
3.badannya berwarna putih
4.memiliki raut wajah yang kejam

sesiapa yang terlihat suspek tersebut sila beri kerjasama.







***************************************************************************************
argghhhh!!!...
kucing tuh mmg saja cari maut ngan aku.habislah kalau aku jumpa dia nanti.kesian baby pet aku.2bulan lebih aku tatang bagai minyak yang penuh.dan2 kucing tuh pulak yang makan!!!..
UMOK... cian dia.huhu
mummy sayang dia.

Monday, December 28, 2009

sudah 3 tahun

fuhh...
3tahun adalah satu jangka masa yg agak lama.
terima kasih sebab masih sudi jadi kawan aku yg terbaik diantara yg terbaik.
semalam dan 3tahun yg lepas..banyak memori dan banyak gak pergaduhan.huhu
aku taw aku bukan kawan yg perfect tapi sentiasa cuba utk ada jika kamu perlu aku.

kiera thanx for being my friends for all this 3 year.aku minta maaf sebab jarang contact tp aku tetap ingat kat ko.huhu
aku sayang persahabatan kita.n aku harap kau gk mcm tuh.

aku tak sangka dh 3tahun kita kawan.dan biarlah kita kawan dunia dan akhirat.amin..
tiada kata yg dpt diungkapkan utk menggambarkan hubungan sahabat itu.
so cukuplah kau tahu aku sentiasa ada bila kau perlukan aku.

271206-271209
love n peace
4 u my friends
kiera ..

Wednesday, December 23, 2009

231209-230110

ermm...
lagi sebulan kan...
ish3...
takut..berdebar..gementar..n bla2.
blom ad satu pun yg boleh aku banggakan.seriously aku stress out.tp buat mcm bodoh je.dh semulajadi mcm ni.aku xda bnda penting nk share tp aku nk share pic ni..
comel kan.hehe
thanx 2 ahleng ariken cz benarkan sy amik pic ni tok letak kat teratak buruk sy ni.hehe
so sweet pic ni.
(Credit to ahleng ariken)


mcm aku n dia.hihi...
hope smday it will came true..amin.

















gmbr yg ni aku amik gna camera hp je.apa mcm ad bakat x?hehe













ok la..
sempena hari natal yg bakal menjelang.aku wish utk sapa2 yg kat luar sana yg celebrate hari natal.i wish u all merry christmas n a happy new year.
ho ho ho!

Saturday, December 19, 2009

comel dan aku ingin miliki


(ini lomolitos)


(ini ???)


(ini fish eye)


(ini holga)


semua benda comel ni xde kt sabah.kalau ada pun aku tak tahu ktner.
aku bukan photographer pro atau amatur aku cuma suka amik gambar.
untuk suka-suka je..lagipun one click for one moments.hehe


p/s:
en.paik,saya nak benda alah yg comel ni taw.huhu

Thursday, December 17, 2009

hijrah itu...

1431 hijrah..
maka setahun sudah berlalu..dan setahun lagi bakal ditempuhi.
sudah banyak yang berlaku tapi banyak lagi yang bakal menanti..
sungguh aku sangat berharap aku akan bersedia.tak kira emosi atau fizikal.

tahun ini..aku banyak berdosa.
pada mama..
pada papa..
pada kakak..
pada abang..
pada adik..
pada kawan..
pada orang disekelilingku..

maaf..dan maaf...
aku juga manusia biasa.tak lepas dari segalanya.namun aku tetap sayang.dan kamu tak pernah jauh dari ku.

hijrah..
aku harap hijrah kali ini membawa pengertian untuk semua termasuk diriku.
semoga siapa-siapa saja yang diluar sana diberkati,dirahmati,dilindungi,dimurahkan rezeki,dipanjangkn usia dan diampunkn dosa2 lalu..
amin ya rabbil al amin..


p/s: selamat tahun baru 1431 Hijrah.
tiada bunga api atau perarakan.
sebab bukan itu makna sebenar tahun baru..(^_^)

Tuesday, December 15, 2009

entri yang mengarut.

sekadar mengarut ketika jam menunjukkan 12malam.
sepeket ipoh white coffee telah memadamkan keinginan aku untuk tidur.pergh!
memang berkesan utk siapa2 kat luar sana yg nak berjaga malam.gerenti hilang kantuk. so...apa lagi.kome pegila beli ye.terdapat kat mana2 pasar raya yg berdekatan je.

sudah 5minit berlalu.
aku blur..malam yang tandus.
ke aku yang ketandusan.ini tidak boleh jadi.dahla xleh tidur,satu benda pun xda yg mampu menarik minat.

10minit lagi..
masih dalam keadaan yang sama.ingin bermimpi tapi katil semakin jauh.huhu
maka bila la agaknya aku akan tertidur?ish3....
bila agaknya aku akan terjaga sedangkn waktu sekarang sudah 12setengah.mampukah aku bangun awal pagi nanti.
kang..tak pasal-pasal mandi free pula.brrr! sejuk lak tetiba.hehe

5minit kemudian..
ok.aku rasa sekarang kesan ipoh white coffee sudah hilang taring.haha! maka dengan senang hati aku nak pilih mimpi untuk malam ni.
katil oo katil here i come..!
zzzZZZZ...

Saturday, December 12, 2009

arrrgggghhhh!

apa salah aku..
huhuhu...
makcik oo makcik oo...
saya dh bgtaw la td saya nk duduk kat tepi tuh.
makcik tu yg pekak badak.
ikut sedap mulut dia je nak maki2 aku.
nasib baik lah mak aku tak ajar aku kuang ajar ngan org yg lebih tua.
tapi aku panas sgt dia blh2 cakap mak bapak tak ajar aku.ni boleh menaikkan amarah aku.tapi cool dl.aku malas nak sampuk apa2 je yang dia cakap sepanjang jalan pulang tu.sebab kalau aku meyampuk gerenti perang dunia ketiga bakal meletus!!
dan maybe disebabkan aku berdiam diri je membuatkan dia tak puas hati.hahahahahahah!
ambik ko.aku memang stone cold la makcik.cakap je la berjela2 aku xkesah.pekak kan telinga je.
lagi pun mmg patut aku diam.kan3...
kalau tak .... hanya Tuhan saja yang tahu.
tapi aku mmg tak puas hati betol la.....!!!! aku tak salah....!
arrrrgggghhhhh.....!!

sana sini dunia aku.

















ni la gambar yg aku sempat capture.
one click for one moment.
betul tak?
huhu...
enjoy ya..

Friday, December 11, 2009

aku yg pelupa

hari ni or lebih tepat.
setat hari kelmarin pekan aku ad festival bergandang.
masalahnya.
1.aku lupa nk bawak usb.
2.card reader pulak rosak.
3.gambar aku pun xdpt nk upload.
4.sudah berkurun asyik gmbar lama.

itu je la kot.yg pasti aku nk juga upload gmbr nti.
uish....!!
lapar pulak.
nk mkn apa hari ni ek.
en.paik....
sy rindu awak.
hihi
and sorry la sy sllu fikir yg bukan2.bukan yg bukan2 ye...
dont get me wrong.hehe



urmmm....
aku punya misi.
kini aku nk aim kamera nikon d40.
tgu kucing ad tanduk ke br dpt?
isk3....
sapa2 sugar daddy kat luar.plz belikan aku kamera nikon d4o ok.
hahahaha!
bengap betol la.
marah kang en.paik.
hehehe


ok..
padayappa!
chaos.

Sunday, December 6, 2009

dia yang semakin jauh...

entah dimana silapnya aku tak tahu..
sejarah itu mungkin ada terleka di suatu ketika.tapi mengapa harus sekarang.aku masih lagi menginginkannya.

masih hangat kata-kata itu.seperti baru semalam baru diucapkan.tapi kini semakin menjauh.kurang mengerti kenapa.aku tak pasti.dia itu bukan lagi seperti yang aku kenal dulu.

sekali lagi kah aku menjadi tempat persinggahan??
tidak...
mengapa...
arrggghhh....
buntu...

kau memang begitu bukan...
sungguh pun rasa itu masih ada..
tapi benarkah itu yang kau rasakan dalam hatimu..
aku sendiri tak pasti.
tapi yang aku tahu.
rasa itu masih kukuh untukmu.
ya...
rasa itu..