serius apa dah jadi sebenarnya ni.pening dan aku malas nak fikir.kau tak tahu dan aku pun tak tahu sejauh mana kita akan berkawan.macam-macam sudah berlaku.aku tak minta apa.dan jika aku kehilangan sekali lagi.memang menguji aku sebagai seorang kawan.
persoalan.
"aku bukan seorang kawan yang baik kah untuk kawan-kawan aku?"
jawapan.
"masih dalam pencarian."
ternyata aku memang cemburu tapi aku tak sampai nak rosakkan persahabatan orang.aku masih sensitif.aku masih punya perikemanusiaan.aku memang manusia pendiam.dan aku suka begini.dalam dunia ku sendiri.tapi aku juga butuh teman.dan aku juga sudah ketemui.cuma aku takut untuk kehilangan.jadi dengan yakin akan kewajaran perbuatanku maka aku cuba merenggangkan hubungan itu.
bukan memutuskan silaturrahim tapi cuma menjarakkan jarak sahaja.aku takut terluka.sakitnya berganda berbanding putus cinta.hebatnya seorang sahabat kan.tapi aku tak mampu.aku sayang dan terlalu sayang.bukan abnormal tapi yang normal.cuma keperluan ku semakin kurang.
aku kah yang terlebih perasan.aku kah berfikiran bukan-bukan.jauhkan aku dari segala sengketa.biarlah.mungkin aku yang tak faham.mengulangi apa yang berlaku untuk tidak sekali lagi.
cuma aku berharap yang terbaik.untukmu.
No comments:
Post a Comment