Wednesday, November 25, 2009

segala kemungkinan

bila sudah lama terasa asing semuanya bercampur aduk.
silih berganti mencari arah.takut terkandas di daerah yang tiada sempadan.
kalau meraba pun jalan sudah terbentang di hadapan.
namun kepastian itu seringkali bercanggah.buntu..keliru ia selalu mengganggu.
parah apabila sakit.hancur bila berkecai.
tapi seringkali jua ia harus dilaksanakan.
mengapa dan kenapa.
kadang kala soalan itu hanya terbiar tanpa sebarang jawapan.
semudah mana pun jawapan itu ia sentiasa tergantung dan terbiar tanpa jawapan.
segalanya mungkin.
ya...
kemungkinan itu terlalu banyak.
hingga tak mampu untyk di adaptasikan ke alam ini.
hanya sampai bila..
aku sendiri tidak pasti.
sampai bila harus begini.
kebuntuan itu sangat merimaskan.menyesakkan.
sekali kata.
aku cukup benci akannya.
benci.....
namun apakah maksud di sebalik kebencian itu.
siapa yang tak pernah membenci.
pengakuan itu tak perlu diselindungkan.
cukup diri sendiri tahu akannya.
segala kemungkinan..
apa yang berlaku perlukah ditunggu atau dibiarkan sahaja.
tidak atau ya..
mengapa??
kenapa??
masih kabur akan jawapannya.
bukankah begitu.
hidup pasti begini.
sesiapa saja akan mengalaminya bukan?
cuma belum tiba saat itu.
seakan seperti permainan sudoku yang memerlukan
otak untuk berfikir.
agar jawapan itu ada.
andai ia semudah itu.aku takkan mengalah.
segala kemungkinan takkan berlaku.
andai tewas itu mampu aku atasi.



p/s: aku seperti itu.ya.diriku sendiri.

No comments:

Post a Comment